DROP YOUR COMMENT ABOUT CAT AND SHARE WITH ME....


Sunday, January 15, 2012

Pembedahan Plastik Diusia Muda




Pembedahan plastik di usia muda adalah pekara biasa di Korea kerana pekara ini sudah menjadi tradisi mereka. Saya nak kongsi sedikit fakta benar disebalik tradisi orang2 korea ni dan kenapa mereka menjadikan pembedahan plastik ini sebagai satu tradisi. Pernah dengar pasal Feng shui? itu kepercayaan orang cina, tapi apa yang saya nak sentuh bukanlah pasal kepercayaan orang cina tapi orang korea. kalau orang cina percaya pada Feng Shui, orang korea pula percaya pada Saju. Mereka percaya kalau mereka ikut kaedah Saju ni mereka boleh capai kejayaan. Nak tahu lebih mendalam tentang Saju..boleh la rujuk sendiri dalam laman web ni >>> http://www.fourpillarskorea.com/about-four-pillar/fortune-saju-four-pillars-of-destiny/

Tidak bersyukur kah kita dengan apa yang telah Tuhan sediakan. Dari saat di lahirkan dengan rupa yang normal tanpa cacat celah, tapi dengan senang di ubah melalui pembedahan. Tak cukup cantik kah apa yang di cipta Tuhan untuk kita sehinggakan sanggup menjadikan pembedahan tu sebagai tradisi. Melalui tradisi la generasi akan datang akan terus mengikut jejak langkah seperti mereka. Wahai kaum hawa, sebelum kita mengeluh tentang pekara2 yang tidak memuaskan hati terutama sekali tentang kecantikan..ingat la ada lagi kaum hawa lain yang di lahirkan tidak normal tapi tetap bersyukur dengan keadaan mereka..Tuhan menciptakan kamu dengan muka dan tubuh badan yang normal, tidak berterima kasih kah kamu dengan pemberianNya? Walaupun kamu merasa diri tidak cukup cantik di mata lelaki, teman-teman atau suami..tapi ingatlah bagi Dia kamu adalah cantik, kerana Dia tahu apa yang Dia ciptakan tu semuanya adalah cantik, dari yang dilahir secara normal hinggalah kepada mereka yang dilahirkan tidak normal. Bagi Dia semua sama, tiada beza. Apa yang Dia mahu dari kita adalah berbalik kepaNya dan percaya Dia.

Hanya kerana anda tidak cantik, kamu merasa diri bersendirian dan tak ada yang menginginkan kamu atau berkawan dengan kamu. Hanya kerana kamu tidak cantik, kamu tidak mampu berjaya tanpa usaha sendiri. Melalui kecanggihan teknologi masa kini saja mampu mengubah dimana semua impian menjadi kenyataan. Bila impian dah menjadi kenyataan, hanya ingat dunia. Syabas kerana kamu sudah menerima apa yang kamu inginkan, tapi ingatlah betapa sedih dan kecewanya Dia yang melihat semua itu.

Saya hanya berkongsi apa baik, saya tidak menghina mereka yang berbuat sedemikian semata-mata untuk popular, cuma mengingatkan. Melalui media elektronik mampu mengaburi mata dan hati setiap manusia.

Untuk anak-anak muda, jangan terlalu obses dengan sesuatu pekara. Apa yang saya maksudkan dengan 'obses' ? apa kaitan pula? Ok, saya bagi 1 contoh..obses dengan movie korea, obses dgn fb dan sebagainya. Obses mengubah segala apa yg ada pada kamu, tak kira la hati kamu,fikiran, tingkah laku mahupun penampilan. Jadilah seperti diri sendiri, jangan ubah diri kamu...jangan terlalu obses sehingga kamu lupa tentang diri kamu. Just be yourself!!

Ok...saya rasa sampai sini saja untuk hari ini. Jangan ambil hati apa yang saya kongskan ni, jagan fikir negetif tapi fikirkan yang positif. God Bless You.